Pada 9 Februari 2009, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra dari jam 8:39 p.m hingga 00:38 a.m. awal pagi keesokannya. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah 1. Gerhana pada 9 Februari ini merupakan gerhana penumbra paling mudah dilihat dengan mata kasar kerana 89.9% daripada Cakera Bulan berada di bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum. Gerhana ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 8:39 p.m. waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula berlaku pada 10:38 p.m. Bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (P4) pada jam 00:38 pagi pada hari keesokannya. Walau bagaimanapun, kesan kenampakan gerhana tidak dapat diperhatikan pada mula penumbra sehinggalah dua pertiga daripada Bulan berada di bayang penumbra Bumi. Kenampakan gerhana ini adalah dianggarkan berlaku kira-kira jam 10:00 p.m. hingga 11:20 p.m sahaja. Penduduk di Alaska, Hawaii, Australia atau Asia Timur akan berpeluang menyaksikan keseluruhan gerhana ini berlaku. Penduduk di Kanada Barat dan Amerika Utara pula menyaksikan gerhana ini sebelum Bulan terbenam. Fasa-fasa Gerhana Bulan Penumbra boleh diperhatikan seperti di Rajah 2 dengan keterangan seperti di Jadual 1. Jadual 1 : Data Gerhana Bulan Penumbra Pada 9 Februari 2009
Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah ![]() Rajah 1: Geometri Gerhana Bulan ![]() Rajah 2: Fasa Gerhana Bulan Penumbra 9 Februari 2009 Sempena Gerhana Bulan Penumbra ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa pada 9 Februari 2009 jam 8:30 pm hingga 12:00 a.m. bertempat di Planetarium Negara. Orang awam adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, anda berpeluang http://www.angkasa.gov.my/ pada petang 9 Februari 2009 jam 8:30 pm hingga 12:00 a.m. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut: Planetarium Negara Lot 53, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur Tel: 03-22735484 Faks: 03-22735488 www.angkasa.gov.my |
Tuesday, 17 July 2012
GERHANA BULAN PENUMBRA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment